ARTIKEL

400 mohon Skim Kredit Mikro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 400 permohonan pinjaman Skim Kredit Mikro berjumlah RM15 juta diterima setakat ini di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais berkata, pinjaman tersebut mendapat sambutan orang ramai sejak pengumuman BKSS beberapa minggu lepas.

“Setakat ini, data yang diberi dua agensi yang mengendalikan skim pinjaman mikro sebanyak lebih 400 permohonan.

“Jumlah ini merupakan hasil permohonan dalam setiap hari yang melibatkan permohonan dari usahawan kecil, penjaja yang bekerja sendiri dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis pengagihan bubur lambuk kepada wartawan dan PDRM Petrajaya di Surau Nur Addin di Medan Hamidah, Petrajaya semalam.

Menurut Naroden, setiap permohonan yang diterima pada masa ini, masih dalam proses untuk diluluskan oleh agensi yang terlibat iaitu Agrobank dan juga ACDC.

Manakala, bagi pihak yang belum mengemukakan permohonan, mereka digalakkan untuk memohon menerusi sistem atas talian. “Tempoh ini diakui amat sukar bagi semua pihak terutama dalam menguruskan hal-hal ini di cawangan yang berkaitan.

“Bagaimanapun, saya nasihatkan agar pemohon memastikan setiap maklumat yang diperlukan adalah lengkap berpandukan arahan yang diberi atas talian,” katanya.

Beliau juga menegaskan agar mana-mana pihak yang telah menerima bantuan untuk tidak menangguh malah terus memulakan perniagaan mereka dengan segera berdasarkan peluang yang dimiliki pada masa ini.

“Saya percaya bahawa aktiviti perniagaan pada masa ini telah meningkat kerana semua usahawan dan peniaga telah memulakan perniagaan secara perlahan-lahan baik dari aspek promosi, bungkusan, dan juga pembekal,” katanya.

Mengulas mengenai aplikasi Helpy, beliau menjelaskan bahawa sistem tersebut telah mendapat sambutan dari masyarakat terutamanya mereka yang menceburi bidang penghantaran di negeri ini.

Setakat ini, aplikasi Helpy telah menerima lebih 2,000 permohonan perkhidmatan di seluruh Sarawak manakala, lebih 6,000 yang telah berdaftar di bawah e-hailing yang lain.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan