ARTIKEL

TAHAN…Antara suspek yang ditahan di sekitar Kuching dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut.

41 Ditahan Dalam Op Tapis Khas Dadah Di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi intensif selama 72 jam oleh IPD Kuching berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar Kuching apabila seramai 41 individu ditahan dalam Op Tapis Khas Kontinjen Sarawak dari 4 hingga 6 Januari 2026.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, gerakan bersepadu itu dilancarkan hasil maklumat risikan berterusan bagi membersihkan kawasan dikenal pasti sebagai titik panas aktiviti dadah.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan, polis merampas pelbagai jenis dadah berbahaya melibatkan 121.02 gram methamphetamine; 248.10 gram serbuk MDMA serta 9.80 gram pil erimin 5 dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM15,532,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson memaklumkan lima suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala selebihnya ditahan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pemilikan dan penyalahgunaan dadah.

Operasi ini katanya mesej jelas bahawa polis tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah dadah.

“Setiap maklumat daripada orang awam amat bernilai dalam memastikan kejayaan operasi,” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempergiat operasi bagi memastikan ancaman dadah dapat dibendung sepenuhnya.

Beliau berkata, orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak 017-592 9211.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU