ARTIKEL

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

4,200 orang tajaan JPA setahun untuk Sabah, Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peluang anak Sabah dan Sarawak melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal bakal diperluas menerusi peningkatan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 4,200 orang setahun, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, langkah itu penting untuk memperkukuh pembangunan modal insan dan melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan pembangunan sosioekonomi kedua-dua wilayah berkenaan.

Pembangunan modal insan perlu disokong ekosistem pendidikan berkualiti — merangkumi akses pengajian, prasarana, kebajikan pelajar, pendidikan teknikal dan vokasional serta kemahiran masa hadapan.

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu terus diperkukuh bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan kompeten yang memenuhi keperluan industri semasa.

Bagi mahasiswa Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di luar negeri masing-masing, bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI turut dinaikkan daripada RM400 kepada RM500.

Mustapha berkata, peruntukan RM800 juta bagi menaik taraf prasarana institusi pengajian tinggi serta peluasan Dapur Siswa MADANI dijangka membantu meningkatkan kemudahan pembelajaran dan kebajikan mahasiswa.

Dalam sektor pendidikan sekolah, hampir RM1.3 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara, dengan tumpuan khusus kepada Sabah dan Sarawak.

Peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan semua jenis sekolah turut digandakan daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion, selain pembinaan kemudahan baharu termasuk bangunan prasekolah di SK Bulu Silou, Keningau.

Beliau turut menyambut baik empat penambahbaikan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 peminjam.

Antaranya, penangguhan bayaran balik sepanjang 2027 bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan dan bayaran minimum RM50 sebulan bagi mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000.

Peminjam tanpa tunggakan yang membuat bayaran secara teratur pula akan menikmati diskaun 10 peratus, manakala majikan yang membantu membayar balik pinjaman PTPTN pekerja layak mendapat potongan cukai bagi pembayaran dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU