SERIAN: Seramai 43 penghuni rumah panjang Kampung Krusen Siu, Jalan Mongkos di sini, hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.
Komander Operasi PBK I KUP Sim Mui Chai berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.04 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan Siburan ke lokasi.
“Pasukan mendapati kebakaran melibatkan satu blok lapan pintu rumah jenis dua tingkat struktur tidak kekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Sim, BBP Serian dan BBP Siburan bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 400 kaki dan tiga ‘nozzle’ air dari pili bomba, sehingga api padam sepenuhnya.
Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa



