ARTIKEL

TAHAN… Antara individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen di sekitar Kuching, Bau dan Lundu, baru-baru ini.

44 ditahan dalam operasi imigresen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 44 individu ditahan dalam tempoh dua hari selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menggempur lapan lokasi yang dikenal pasti berpotensi berlaku pelanggaran undang-undang imigresen.

JIM Sarawak berkata, kesemua mereka ditahan dalam Ops Selera, Ops Gegar dan Ops Sapu yang dijalankan pada 2 hingga 3 September lalu di sekitar Kuching, Bau dan Lundu.

Dalam operasi itu, seramai 100 individu diperiksa dan 44 daripadanya ditahan untuk tindakan lanjut selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Operasi bermula jam 10 pagi hingga 4.30 pagi membabitkan pemeriksaan di lapan lokasi, termasuk premis kedai makan dan medan selera, pusat urut, rumah pekerja bengkel serta rumah pekerja ladang kelapa sawit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemeriksaan turut dilakukan di beberapa premis dan pusat beli-belah di kawasan berkenaan sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan JIM Sarawak.

Menurutnya, individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Operasi itu dilaksanakan hasil aduan awam serta risikan JIM Kuching bagi mengesan individu yang disyaki melanggar undang-undang dan peraturan imigresen,” katanya.

JIM Sarawak berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen, selain membanteras penyalahgunaan serta pelanggaran peraturan imigresen di negeri ini.

Orang awam turut dialu-alukan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang imigresen kepada JIM bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU