ARTIKEL

Rubiah ketika berucap pada majlis itu.

46,000 penduduk Samarahan sertai Hari Sukan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Hampir 46,000 penduduk Bahagian Samarahan menyertai pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap usaha membudayakan gaya hidup aktif.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, jumlah penyertaan itu mewakili lebih 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di bahagian berkenaan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata, kejayaan penganjuran program berkenaan hasil kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Pejabat Residen, Pejabat Daerah serta agensi lain.

“Pelbagai program sukan dan rekreasi dianjurkan di kampung serta daerah bagi menggalakkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.

“Hari Sukan Negara bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya platform untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Samarahan di Kampung Moyan Laut, di sini, hari ini.

Rubiah berkata, penglibatan aktif dalam kegiatan sukan bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, malah mengukuhkan hubungan sosial serta menyokong pembangunan ekonomi masyarakat.

Justeru, beliau berharap sambutan menggalakkan itu dapat diteruskan menerusi penganjuran aktiviti sukan secara konsisten oleh jawatankuasa kampung, persatuan dan pertubuhan masyarakat.

Beliau turut menekankan kepentingan memberi perhatian kepada kemudahan sukan seperti padang bola sepak dan dewan sukan di kawasan kampung bagi menyediakan ruang kepada penduduk menjalankan aktiviti riadah.

Rubiah mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan dan berharap lebih ramai penduduk mengamalkan gaya hidup aktif demi kesejahteraan masyarakat.

BERITA LAIN

JIM Sarawak pindahkan 10 tahanan ke negara asal

KUCHING: Sembilan wanita warga Vietnam dan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditempatkan di Depot Imigresen Semuja dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi operasi pemindahan

DBP perkasa pendidikan, kesejahteraan komuniti Gedong

GEDONG: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempergiat usaha memperkasa pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk Kampung Tengah Hulu menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

BERITA TERBARU

JIM Sarawak pindahkan 10 tahanan ke negara asal

KUCHING: Sembilan wanita warga Vietnam dan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditempatkan di Depot Imigresen Semuja dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi operasi pemindahan