ARTIKEL

47 jurulatih timba ilmu sofbol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 47 jurulatih mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Sukan Sofbol 2020 atau bola lisut.

Kursus selama tiga hari itu (26-28 Oktober) dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan dan Persatuan Sofbol Sarawak berlangsung di IPGKTAR.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSNS), Dr Ong Kong Swee diDewan Asajaya, IPGKTAR yang turut dihadiri Pengarah IPGKTAR Anis Alisya Abdullah.

Hadir sama ialah Pengurus Bahagian Pembangunan Sukan, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Ahmad Rodzli Hashim, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKTAR, Ismail Dekoh serta barisan fasilitator terlibat.

Dr Ong ketika berucap menzahirkan rasa gembira dengan penganjuran kursus berkenaan. Katanya, ia akan menjadi landasan untuk melahirkan lebih ramai tenaga jurulatih baharu sukan berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana berjaya menganjurkan kursus tersebut. “Kita berharap mereka yang terlibat dapat mengadaptasi ilmu yang diperoleh di kawasan masing-masing kelak,” ujar Dr Ong. Empat orang fasilitator terlibat ialah Aaron Abel (Timbalan Presiden Persatuan Sofbol Sarawak), Haifa Chin Ishak, Haris Zainuddin dan Mohamad Nur Jasmin.

Terdahulu, Anis mengucapkan terima kasih kepada tiga badan induk MSNS, SSC dan Persatuan Sukan Sofbol Sarawak atas komitmen menganjurkan kursus tersebut.

“Satu langkah yang tepat dengan pengelolaan kursus tersebut kerana saya percaya ia dapat melahirkan lebih ramai jurulatih sofbol pada masa akan datang,” ujar beliau.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu