ARTIKEL

Neilson bersama yang lain berkongsi buku Adat Bidayuh dan buku-buku terbitan MAIS berkaitan budaya, tradisi dan sejarah komuniti Bidayuh dalam Program Pemerkasaan Adat Bidayuh 1994 bersama Komuniti Bidayuh di Semenanjung Malaysia, hari ini.

50 peserta sertai Program Pemerkasaan Adat Bidayuh 1994

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 50 peserta daripada komuniti Bidayuh yang menetap di Semenanjung Malaysia menyertai Program Pemerkasaan Adat Bidayuh 1994 bersama Komuniti Bidayuh di Semenanjung Malaysia di Hotel Melia, di sini, hari ini.

Program anjuran Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh Cawangan Klang Valley itu bertujuan memperkenalkan dan memperkukuh kefahaman komuniti Bidayuh di Semenanjung Malaysia terhadap Adat Bidayuh 1994.

Ketua MAIS Datuk Dr Neilson Ilan Mersat berkata program berkenaan merupakan antara inisiatif MAIS untuk mendekati serta memperkukuh hubungan dengan komuniti Bidayuh yang berada di luar Sarawak.

RAKAM KENANGAN… Neilson merakam kenangan bersama yang lain dalam program tersebut.

“Kewujudan komuniti Bidayuh di Semenanjung Malaysia menunjukkan masyarakat Bidayuh tetap mengekalkan hubungan dengan asal-usul, identiti dan warisan budaya mereka meskipun berada jauh dari Sarawak.

“Program ini juga memberi ruang kepada MAIS mendapatkan pandangan, pengalaman dan maklum balas daripada komuniti Bidayuh berkaitan amalan adat dalam konteks kehidupan masyarakat Bidayuh yang menetap di luar Sarawak,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Mengenai program itu, katanya, MAIS akan meneruskannya bagi memastikan komuniti etnik Sarawak yang berada di luar negeri sentiasa memperoleh pengetahuan dan mengikuti perkembangan semasa berkaitan usaha kodifikasi serta kajian semula adat natif di Sarawak.

Ujarnya, usaha berkenaan penting khususnya dalam memastikan adat Bidayuh terus difahami, diamalkan dan kekal relevan seiring dengan perkembangan zaman.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Datuk Westmoreland Edward Palon dan Pengarah Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Ambassador Gloria Corina Peter Tiwet.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier