ARTIKEL

TERIMA... Salah seorang peserta menerima sijil penghargaan.

50 peserta sertai Seminar Pembangunan Kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 50 ahli terdiri daripada bakal pesara 2025-2026 serta ahli aktif dalam perkhidmatan menyertai Seminar Pembangunan Kendiri baru-baru ini.

Program anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sarawak (KESAUMAS) bertemakan ‘Memperkasakan Diri: Menguasai Kemahiran Insan Abad Ke-21 untuk Ahli KESAUMAS dan UNIMAS’.

UNGGUL… Barisan peserta program merakam gambar bersama.

Jurucakap penganjur dalam satu kenyataan berkata, seminar itu dirancang khas sebagai wadah sumbang saran kepada peserta di samping menjadi manifestasi komitmen kesatuan dalam usaha meningkatkan potensi, keupayaan dan kesejahteraan.

“Dalam era pekerjaan yang sentiasa berkembang dan penuh cabaran, pembangunan kendiri menjadi kunci utama kepada kejayaan peribadi dan profesional.

“Melalui seminar ini juga, para ahli didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran serta dorongan motivasi yang relevan untuk merebut peluang baharu.

“Dalam masa sama, ia turut menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim dan kesepaduan sesama ahli kesatuan,” katanya dalam kenyataan itu.

Untuk rekod, program ini dianjurkan melalui Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) menerusi kluster latihan dan pendidikan.

Terdahulu, majlis turut dihadiri Pengarah Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak (JHEKS), Tujoh Bachat.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU