ARTIKEL

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, langkah menyimpan sebahagian hasil negeri menerusi dana strategik itu menunjukkan kerajaan turut memberi perhatian kepada kemakmuran jangka panjang, selain memenuhi keperluan pembangunan semasa.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, pendekatan itu mencerminkan perancangan fiskal berpandangan jauh dalam usaha mencapai status wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Hamzah turut merujuk pujian terbuka bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, terhadap pengurusan belanjawan Sarawak, khususnya langkah menyimpan sebahagian hasil negeri untuk generasi akan datang.

Katanya, pengurusan kewangan yang mengambil kira keperluan jangka panjang penting bagi memastikan hasil negeri dimanfaatkan secara strategik tanpa mengabaikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat ketika ini.

Beliau menyifatkan Belanjawan Sarawak 2027 sebagai perancangan yang mengimbangi kepentingan rakyat, pembangunan ekonomi dan kemampanan kewangan negeri.

Hamzah berkata, pencapaian pengurusan kewangan perlu dinilai berdasarkan fakta, angka dan keupayaan kerajaan mengurus sumber negeri secara bertanggungjawab, sambil mengakui bahawa setiap pentadbiran mempunyai kelemahan.

Beliau turut menegaskan kestabilan politik, integriti dan keberanian membuat keputusan penting bagi membolehkan Sarawak menghadapi cabaran serta meneruskan agenda pembangunan.

Sehubungan itu, beliau berharap belanjawan berkenaan dapat memperluas manfaat pembangunan, kemakmuran dan peluang ekonomi kepada rakyat di seluruh negeri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan