Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

500 hari menjelang Sukma 2024

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Gerald Rentap Jabu (tengah) semasa sidang media Jelajah Kejohanan Dunia Asia/Oceania Persekutuan Tenis Dunia (ITF). | GHAZALI BUJANG

KUCHING: Sarawak yakin mampu menyediakan fasiliti terbaik buat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 biarpun hari persediaan kini cuma berbaki sekitar 500 hari, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti kawasan Sibu, Miri dan Bintulu sebagai lokasi baru bagi penganjuran sukan tertentu selain di Kuching. 

“Tujuan penelitian adalah memastikan segala fasiliti sukan dapat berfungsi dengan baik memandangkan masa yang kita ada lebih kurang 500 hari dan ia tidak cukup untuk kita.

“Saya tidak dapat memutuskan perkara-perkara teknikal seperti ini, saya tidak mahu menentukan lokasi sukan yang tidak serasi dengan keperluan para atlet, jadi saya serahkan kepada persatuan yang terlibat untuk berbincang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa majlis perasmian Jelajah Kejohanan Dunia Asia/Oceania Persekutuan Tenis Dunia (ITF) di Pusat Persatuan Lawan Tenis Sarawak (SLTA), hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin bersama jawatankuasa terlibat untuk menyediakan tempat penginapan kepada para peserta. 

Baca lain  JDT akui PDRM liat

“Sekarang kami sedang menunggu maklum balas daripada pihak institusi pengajian tinggi berkenaan tempat penginapan untuk para peserta Sukma yang dianggarkan sekitar 8,000 orang. 

“Hal ini kerana hotel sedia ada di Kuching tidak mampu menampung jumlah sebesar itu jadi kita perlukan kerjasama pihak IPT untuk menggunakan kemudahan hostel sebagai tempat penginapan peserta,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata usaha menambah baik Stadium Negeri itu bukan sahaja dapat memberikan nafas baharu buat para atlet malah Sarawak juga mampu menganjurkan konsert mega pada masa akan datang. 

“Kita ingin buktikan kemampuan kita untuk mengadakan konsert mega yang melibatkan 40,000 pengunjung di Stadium Sarawak kelak.

“Ini akan menjadi satu tarikan baru buat pelancong namun, kita perlukan sokongan orang ramai dalam memastikan pesembahan besar seperti ini dapat dilakukan,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru