ARTIKEL

KONGSI... Sekitar sesi panel yang diadakan semasa Hari Rakan Kongsi OGSE Sarawak.

500 vendor berlesen sertai Hari rakan kongsi peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lebih 500 vendor berdaftar tempatan menghadiri Hari rakan kongsi peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas (OGSE) yang dianjurkan oleh Petronas Sdn Bhd, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pembentukan Industri dan Kerjasama Petronas Syaharudin Hassan, program itu bertujuan berkongsi dengan pihak vendor tentang ekosistem OGSE mampan dan berdaya saing dalam memaju industri seiring dengan peralihan tenaga masa kini.

MERIAH… Barisan wakil PETRONAS dan pihak vendor dan kontraktor tempatan merakam gambar kenangan bersama pada majlis.

Sekali gus katanya membuka peluang kepada vendor mempelajari program terkini OGSE dalam sesi sokongan rangkaian serta menggalakkan kerjasama bagi meningkatkan daya saing mereka.

“Petronas komited terhadap usaha berterusan meningkatkan keupayaan dan kapasiti vendor-vendor sedia ada.

“Justeru program ini merupakan contoh sebagai pemangkin pertumbuhan dan kecekapan vendor dalam memupuk ekosistem OGSE yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis turut menyaksikan peneraju industri berkongsi pandangan tentang trend industri semasa dan amalan terbaik mengenai perkara pembiayaan vendor, pelesenan dan pendaftaran, kemampanan, pasaran dan teknologi ‘punch out business to business (B2B)’.

Kenyataan itu turut menegaskan Petronas terus memainkan peranan mereka dalam menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali