ARTIKEL

501 pelajar di DUN Samalaju terima bantuan pakaian seragam dari Yayasan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 501 pelajar dari 18 buah sekolah dalam DUN Samalaju menerima Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak dengan kos keseluruhan berjumlah RM100,200.

Mereka terdiri daripada 315 pelajar daripada keluarga yang menerima e-kasih, 22 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), 19 orang pelajar komuniti Penan, 90 pelajar Tingkatan Satu dan 55 murid Tahun Satu.

Simbolik penyerahan disempurnakan Adun Samalaju Majang Renggi.

Dalam ucapannya, Majang mencadangkan Yayasan Sarawak supaya bantuan tidak terhad kepada pembelian pakaian seragam sahaja tetapi diperluaskan untuk membeli gajet bagi kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

“Bantuan seperti itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung ibu dan bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak selepas pandemik Covid-19,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak Louis Simon Peter, Penolong Pengarah Seksyen Program dan Bantuan Yayasan Sarawak Abdullah Abdul Gafor, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Evelyn Eba Nompang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU