ARTIKEL

Iskandar menyampaikan bantuan Ace Didik N.67 kepada salah seorang penerima.

52 anak Jepak terima bantuan lanjut pengajian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 52 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah menerima bantuan pendidikan ACE Didik N.67 Tahun 2026 sebagai persediaan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

ADUN Jepak, Iskandar Turkee, berkata bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban keluarga, khususnya dalam menyediakan keperluan asas sebelum anak-anak memulakan pengajian.

“Sumbangan ini mungkin tidak mampu menampung segala keperluan, tetapi saya berharap sedikit banyak dapat meringankan beban ibu bapa dan membantu persediaan anak-anak sebelum memulakan alam pengajian tinggi,” katanya.

Iskandar menyampaikan bantuan Ace Didik N.67 kepada salah seorang penerima.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyampaikan bantuan Ace Didik N.67 Tahun 2026 di Pejabat Pusat Khidmat DUN N.67 Jepak pada Rabu.

Iskandar berkata peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan memberi tumpuan pelajaran, menjaga disiplin serta menghormati ibu bapa dan guru.

Beliau berharap kesemua penerima dapat mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing dan suatu hari nanti kembali menyumbang kepada keluarga, masyarakat serta pembangunan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU