ARTIKEL

520,647 ketua isi rumah terima topeng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 520,647 ketua isi rumah di semua bahagian dan daerah dengan keutamaan di kawasan zon merah akan diagihkan penutup mulut dan hidung secara percuma daripada Kerajaan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tempahan dua juta penutup mulut dan hidung dari China tiba di Kuching sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk agihan.

“Malah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada 20 penderma korporat yang setakat ini memberi sumbangan berjumlah RM13.89 juta kepada Tabung Kita meningkatkan kawalan di sempadan khususnya di pedalaman termasuk Long Singut, Kapit kerana bimbang laluan tikus akan menyebabkan penularan wabak Covid-19. Covid-19 Sarawak.

“Dana ini akan dibelanjakan untuk pelbagai operasi sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) di Wisma Bapa Malaysia di sini, kelmarin.

Abang Johari turut berterima kasih kepada badan-badan korporat yang menyumbang Peralatan Perlindungan Kesihatan (PPE) kepada hospital-hospital di negeri ini untuk kegunaan barisan hadapan.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak media yang menyediakan laporan terkini kepada masyarakat mengenai pandemik Covid-19,” tegasnya.

Mengulas mengenai mesyuarat terbabit, beliau amat berpuas hati dengan laporan PKP di Sarawak yang berjalan lancar manakala situasi di lapangan turut terkawal.

“Saya juga berpuas hati dengan pengagihan makanan di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar yang bermula Ahad lalu.

“Kita merakamkan penghargaan kepada pihak tentera, polis dan sukarelawan yang telah menyumbang bakti dengan pengawasan para pemimpin setempat bagi memastikan operasi pengagihan makanan dilaksanakan secara tersusun,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi JPBN merangkap Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU