ARTIKEL

PATI… Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di Kota Samarahan.

54 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 54 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di Kota Samarahan, bermula malam 23 Februari hingga semalam.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, 26 pegawai imigresen terlibat dalam operasi bersepadu itu bagi memastikan tindakan penguatkuasaan berjalan lancar dan menyeluruh.

PATI… Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di Kota Samarahan.

Jurucakap JIM berkata operasi itu dilaksanakan hasil maklumat orang awam serta risikan awal pihak penguat kuasa bagi mengenal pasti lokasi tumpuan warga asing di kawasan bandar dan luar bandar.

“Antara lokasi yang diserbu ialah premis bilik sewa di Pusat Perniagaan Aiman Mall, Pusat Perniagaan Bandar Riyal serta Medan Perniagaan Uni Garden yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan warga asing,” katanya dalam kenyataan.

PATI… Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di Kota Samarahan.

Selain itu, bilik sewa di Taman Riveria dan beberapa kediaman di Kampung Sindang turut diperiksa bagi memastikan tiada kegiatan haram dijalankan di kawasan tersebut.

Katanya, sebuah premis lain turut diserbu selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik operasi kedai makan.

PATI… Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di Kota Samarahan.

“Kesemua individu yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke depot tahanan imigresen untuk siasatan serta tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

“Operasi seperti ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang di negeri ini.

PATI… Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di Kota Samarahan.

“Langkah penguatkuasaan ini juga bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai tumpuan warga asing,” katanya.

BERITA LAIN

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU