ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah (lapan kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama ahli Jawatankuasa OCS MIDS sempena mesyuarat jawatankuasa di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

5,596 individu jalani rawatan dan pemulihan dadah tahun lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 5,596 individu menjalani rawatan dan pemulihan berkaitan dadah dan bahan terlarang pada tahun lalu.

Ia merupakan salah satu strategi Jawatankuasa Sehenti (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) berbentuk rawatan dan pemulihan bagi  memastikan mereka yang terjebak daripada terus mengguna dan menyalah guna dadah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 214 orang sedang menjalani pemulihan dalam institusi di PUSPEN.

Sementara katanya, 5,382 lagi individu dalam komuniti membabitkan 3,009 Orang Kena Pengawasan (OKP) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 1,406 OKP Polis Diraja Malaysia (PDRM), 791 di Pusat Sehenti Untuk Ketagihan (OCSA), 59 sukarela di PUSPEN Kuching dan 117 melalui fasiliti dan program intervensi Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kenosis, Victory Home, OAPTAR, dan melalui CDIC Bau.
 
“Peningkatan kadar mendapatkan bantuan dalam kalangan individu terjebak bahan terlarang di Sarawak adalah satu lagi impak positif yang sangat membanggakan hasil usaha kolektif ahli-ahli OSC MIDS Sarawak.  

“Perbandingan statistik tangkapan individu  positif dadah dalam air kencing seramai 27,519 orang bagi tempoh 2021, 2022, dan 2023 dan bilangan individu yang menjalani rawatan dan pemulihan seramai 5,596 orang dalam 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat OSC MIDS di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Fatimah berkata, nisbah kepada mereka yang tidak menjalani rawatan dan pemulihan di Sarawak adalah 1:5.

Jelasnya nisbah yang dicatatkan itu adalah satu penurunan yang positif berbanding dengan nisbah 1:6 di peringkat antarabangsa yang dikeluarkan oleh United Nations Office for Drugs and Crimes (UNODC) dan nisbah 1:7 di peringkat kebangsaan.  

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU