ARTIKEL

600 sertai sambutan Hari Sabat Belia Sedunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Sebanyak 600 belia menjayakan Sambutan Hari Sabat Belia Sedunia di Dewan Batu Pengansah dekat sini, baru-baru ini.

Ia dianjurkan oleh Jabatan Pelayanan Belia Seventh-day Adventist (SDA) Mission of Sarawak bertujuan melatih, memimpin dan membentuk jati diri pemuda dan pemudi yang berdedikasi serta aktif di gereja mahupun aktiviti kemasyarakatan di luar.

Belia serta masyarakat yang hadir adalah dari sekitar Bau sehingga Simunjan.

Mereka mempersembahkan persembahan nyanyian rohani dan diberikan peluang memimpin acara kebaktian.

Selain itu diadakan acara khidmat masyarakat dengan kesemua belia menyertai pemberian bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Simunjan – Simpang Punda.

Terdapat 12 bakul makanan diedarkan kepada keluarga yang memerlukan.

Tuntasnya, program sebegini memberikan impak kepada pemuda untuk memimpin, membentuk dan melatih mereka agar berguna kepada agama, bangsa dan negara.


BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan