KUCHING: Seramai 64 isi rumah dari Kampung Semerah Padi, di sini menerima sumbangan bakul makanan dari UCSI Kampus Sarawak.
Ketua Jabatan Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan UCSI Ting Hui Bun berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program pengelibatan pelajar bersama komuniti.
“Program ini adalah untuk membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan makanan dan terjejas banjir dan diharapkan dapat memberi impak kepada 64 keluarga.
“Satu kutipan derma telah diadakan pada Februari dan berakhir pada 15 Mac lalu. Kami berjaya mengumpul lebih RM2,000 daripada sumbangan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sempena majlis penyerahan sumbangan di Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC), Wisma Ho Ho Lim, di sini hari ini.
Program tersebut merupakan anjuran UCSI kampus Sarawak dengan kerjasama Kuching Food Aid serta 21 pelajar tahun akhir fakulti tersebut.

