ARTIKEL

647 Sekolah di Sarawak Ditutup Sementara Susulan Jerebu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 647 sekolah melibatkan 198,559 murid di 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak ditutup sementara mulai 7 hingga 11 September 2026 susulan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras berbahaya dan sangat tidak sihat.

Sekolah yang terlibat berada di bawah 12 PPD iaitu Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Meradong.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, keputusan itu dibuat selepas pemantauan berterusan sepanjang minggu serta mengambil kira pembentangan Jabatan Meteorologi Malaysia berkaitan keadaan cuaca dan jerebu yang dijangka tidak banyak berubah.

“Pada awalnya kita bercadang untuk mengumumkan penutupan sekolah esok, tetapi selepas bermesyuarat dan mendengar pembentangan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita memutuskan untuk menutup sekolah mulai 7 hingga 11 September.

“Ia melibatkan sejumlah 563 sekolah rendah dan 108,477 murid serta 84 sekolah menengah membabitkan 90,082 pelajar. Manakala sekolah di daerah lain akan menjalankan sesi persekolahan seperti umum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di sini, hari ini.

Tambahnya, sepanjang tempoh penutupan sementara itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pengurusan pengajaran dan pembelajaran akibat bencana.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU