ARTIKEL

651 sekolah kurang murid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sekolah Kurang Murid (SKM) di Sarawak masih belum memiliki kemudahan yang mencukupi, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidikan Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Menurutnya, perkara tersebut dapat dilihat jika dibandingkan dengan SKM di negara maju iaitu mereka menyediakan kemudahan dan guru yang baik untuk sekolah dan, ibu bapa berpendidikan tinggi.

“Di Sarawak, ramai ibu bapa yang tinggal di kawasan pedalaman tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, jadi mereka memerlukan guru yang baik,” katanya selepas menyempurkankan perasmian Program Gotong-royong Mega Bahagian Serian di Taman Komuniti Serian, di sini semalam.

Manyin berkata, sebanyak 651 SKM di Sarawak mempunyai kurang daripada 150 murid. “Terdapat lapan sekolah mempunyai sepuluh atau kurang daripada jumlah itu, 43 sekolah memiliki 11 hingga 20 pelajar, 54 sekolah memiliki 21 hingga 30 pelajar, 196 sekolah memiliki 31 hingga 50 pelajar, 296 sekolah memiliki 50 hingga 100 pelajar dan  54 sekolah memiliki 110 hingga 150 pelajar,” jelasnya.

Manyin menambah kos untuk menyelenggarakan sekolah berkenaan sangat tinggi. “Kedua, ketika sekolah terlalu kecil, hasil akademik sangat sukar untuk diperbaiki kerana tiada kemudahan yang lengkap. “Guru-guru juga terpaksa mengajar mata pelajaran di luar daripada kepakaran mereka. Ini juga boleh menyebabkan keputusan yang kurang memuaskan,” tegasnya.

Beliau menambah, apabila mempunyai sekolah berpusat ia akan mengurangkan kes ponteng sekolah kerana sekolah ini akan mempunyai kemudahan asrama. “Malangnya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang tiada kaitan dengan pendidikan, tidak bersetuju dengan sekolah berpusat,” katanya.

Manyin berharap agar sekolah-sekolah berkenaan akan dilengkapi dengan kemudahan yang baik dan mempunyai sek

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan