ARTIKEL

Gambar fail BERNAMA

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari lalu.

Pengarah Eksekutif Architects of Diversity Malaysia, Jason Wee berkata, bagaimanapun seramai 52 peratus responden memberi pandangan sangat merisaukan dengan gangguan seksual terhadap peserta PLKN.

“Ia diikuti dengan seramai 49 peratus responden memberi pandangan isu buli terhadap peserta juga merisaukan dan seramai 41 peratus responden menjawab isu kandungan berunsur berat sebelah politik turut merisaukan.

“Kurang daripada satu pertiga daripada responden merasakan bahawa isu kos mahal untuk dijalankan (27 peratus) dan membuang masa (22 peratus),” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, mantan Timbalan Komandan Latihan PLKN, Mejar (B), Ismail Mohd Hassan dan Pengurus Advokasi, Architects of Diversity Malaysia, Amin Mubarak.

Sementara itu, Amin berkata, tinjauan yang dilaksanakan oleh pihaknya itu melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas.
“Responden diberikan pilihan menjawab tinjauan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Baca lain  MyAirline diarah henti jualan, tempahan tiket- MAVCOM

“Majoriti daripada semua demografi yang dianalisis (bangsa, jantina, umur dan wilayah) bersetuju dengan pelaksanaan semula PLKN,” katanya.

Beliau berkata, seramai 74 peratus responden beranggapan bahawa PLKN akan memberi kesan yang sangat positif kepada masyarakat.

“Hanya empat peratus responden berpendapat PLKN akan memberi kesan negatif atau sangat negatif kepada masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, individu berusia 25 hingga 39 tahun yang merupakan generasi yang pernah menjalani PLKN mempunyai pendapat positif tertinggi mengenai program tersebut.

“Seramai 78 peratus menilai PLKN mempunyai kesan yang sangat positif,” ujarnya.

Beliau berkata, antara cadangan untuk pelaksanaan PLKN 3.0 adalah untuk meningkatkan keberkesanan program PLKN dan memperbaiki defisit kepercayaan awam.

“Kami menyarankan pihak kementerian untuk menjalankan projek rintis untuk PLKN 3.0 dahulu.
Kajian rintis pada tahap permulaan dapat menguji keberkesanan dan menguji kandungan program, jadi mengurangkan risiko kegagalan serta menjimatkan kos,” katanya.

Amin berkata, jurulatih yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik akan melambangkan ikatan sosial yang perlu dicontohi dan mendorong pelatih untuk mengikut langkah yang sama.

Baca lain  Tindakan ubah suai Jata Negara perbuatan biadab - Saifuddin

“Tindakan ini juga dapat memberi jaminan kepada pelatih dari lapisan masyarakat berbeza bahawa mereka berada di dalam persekitaran yang selamat,” katanya.

Menurutnya, nisbah pelatih yang terdiri daripada pelbagai etnik perlu diperkecilkan, bermakna komposisi pelajar daripada setiap kumpulan etnik yang berbeza harus mencapai skala yang hampir sama.

“Tujuannya adalah untuk mengurangkan kecenderungan pelatih yang akan memilih untuk bergaul bersama kumpulan etnik mereka,” ujarnya.

Amin berkata, peningkatan bajet setiap peserta bagi pemerkasaan kualiti program sambil mengurangkan saiz kohort bagi sensitiviti kos.

“Peningkatan peruntukan kewangan akan memastikan setiap peserta mendapat akses kepada kemudahan yang lebih berkualiti serta latihan yang lebih bermakna melalui pengambilan pelatih yang berkaliber tinggi,” katanya.
Beliau berkata, pihak kerajaan perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan program tersebut.

“NGO memiliki kepakaran dan sumber daya yang berbeza serta dapat menyokong pelaksanaan program dengan lebih efektif, khususnya dari segi pengisian PLKN berkaitan dengan kesukarelawanan, kenegaraan serta isu-isu pembangunan negara.

Baca lain  Kembara kenali borneo: Orang ramai dinasihatkan jaga keselamatan, elak tunggu hingga lewat malam

“Penyumbangan tenaga kerja pihak NGO dapat meringankan beban kewangan melalui kerjasama pelaksanaan latihan serta pengarangan modul-modul dalam proses pembangunan kurikulum PLKN 3.0,” katanya.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,