ARTIKEL

BERCAKAP... Pengarah FAMA Sarawak Ramli Mat Sani

72 lot bazar Ramadan FAMA ditawarkan di Medan Niaga Satok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 72 lot bazar Ramadan bakal ditawarkan di Medan Niaga Satok kepada para peniaga yang berminat sempena bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang berkenaan di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 20 Februari, jam 10 pagi bagi mendapatkan borang sewaan tersebut.

Pengarah FAMA Sarawak Ramli Mat Sani berkata, kelulusan permit daripada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sudah diperoleh bagi melaksanakan pengoperasian bazar tahun ini.

“Kita bersyukur kerana sudah mendapat kebenaran DBKU untuk membuka tapak bazar tersebut dengan anggaran 72 lot yang akan disediakan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media FAMA Fest 2024 di pejabatnya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meluahkan harapan agar orang ramai merebut peluang untuk memohon tapak sewaan yang disediakan pada bulan Ramadan ini.

“Tidak dinafikan bahawa tapak sewaan bazar ini sentiasa disewa penuh oleh para peniaga sehingga kita menerima permohonan yang berlebihan,” katanya.

Baca lain  Bekalan telur, daging ayam di Sarawak mencukupi sepanjang Ramadan

Sementara, Ramli turut mendedahkan bahawa bazar Ramadan yang diuruskan oleh FAMA sentiasa dilaksanakan dengan kemas dan seragam.

“Pada masa sama, kita juga menitikberatkan kebersihan medan niaga ini demi kesihatan serta keselesaan orang ramai,” ringkasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh