ARTIKEL

Pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi meskipun pintu pusat pengundi hanya dibuka jam 8 pagi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Notre Dame hari ini.

79 calon rebut 28 kerusi DUN dalam PRN Melaka ke-16

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bermula serentak pada 8 pagi ini di 240 pusat mengundi biasa yang mempunyai 1,213 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka kadar keluar mengundi mencecah 70 peratus daripada 675,166 pengundi biasa yang layak memilih wakil bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pusat mengundi ditutup pada 6 petang, selepas tempoh berkempen selama 14 hari berakhir pada 11.59 malam tadi.

Keseluruhannya, 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi, termasuk 12,531 anggota tentera, pasangan mereka dan polis yang sudah mengundi awal pada Selasa.

Sebanyak 79 calon bertanding pada PRN ini, dengan Pakatan Harapan meletakkan calon di 24 kerusi, manakala Barisan Nasional meletakkan 23 calon seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

PRN Melaka: Ab Rauf Serah Keputusan Kepada Pengundi

MELAKA:  Ketua Menteri Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi untuk menentukan pilihan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 esok. Calon

BERITA TERBARU

DEMAM MCR KIAN TERASA

BAHANG kemunculan kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), di Malaysia semakin terasa apabila penganjur mengumumkan pembukaan zon tambahan bagi kategori Tier