ARTIKEL

Dinie Rashid bangkit daripada kemurungan, kembali menyanyi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dinie Rashid kembali ke industri muzik tanah air selepas hampir lima tahun menyepi menerusi lagu terbaharu, Jangan Mati Di Sini, yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya.

Dinie, 34, yang kurang upaya penglihatan akibat sindrom macular dystrophy sejak berusia sembilan tahun, menjelaskan bahawa lagu itu membawa mesej tentang kekuatan untuk bangkit daripada ujian hidup.

Lagu runut bunyi (OST) filem Takdir Terakhir: Last Dive itu dicipta Sharon Paul, manakala liriknya ditulis bersama Dinie dan Emr dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Pelantun yang pernah menyandang gelaran Artis Lelaki Baharu Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 itu mengakui perlu menyesuaikan diri dengan trend muzik semasa dan membina semula nama dalam kalangan peminat seperti dilapor Bernama.

Beliau menghilang sejak 2021 untuk menyambung pengajian muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, sebelum menangguhkannya akibat kemurungan, lalu pulih secara perlahan dengan bantuan pakar dan sokongan orang tersayang.

BERITA LAIN

DEMAM MCR KIAN TERASA

BAHANG kemunculan kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), di Malaysia semakin terasa apabila penganjur mengumumkan pembukaan zon tambahan bagi kategori Tier

BERITA TERBARU

DEMAM MCR KIAN TERASA

BAHANG kemunculan kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), di Malaysia semakin terasa apabila penganjur mengumumkan pembukaan zon tambahan bagi kategori Tier