ARTIKEL

Buniamin kekal menyirat jala tradisional hampir empat dekad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pembuat jala tradisional berusia 73 tahun, Buniamin Abdullah, masih tangkas menyirat tali tangsi menjadi mata jala, kemahiran warisan ibu bapanya yang diamalkan sejak 1987.

Buniamin, anak jati Pasir Mas, Kelantan yang kini menetap di Kota Bharu, menyifatkan kerja menyirat jala sebagai terapi yang menenangkan fikiran pada usia emasnya.

Menurutnya, jala dihasilkan secara manual menggunakan belira untuk menentukan ukuran mata jala dan chobe untuk menyirat serta menyimpul tali, selain tali tangsi atau nilon sebagai bahan asas.

Sebuah jala kecil sekitar 274 cm mengambil masa kira-kira 20 hari untuk disiapkan dan dijual pada harga bermula RM500, sedangkan jala lebih besar memerlukan lebih sebulan.

Menurut Bernama, Penolong Kurator Kanan (Bahagian Pameran) Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Shahrul Hisham Abdul Ra-aid, menjelaskan pembuat jala tradisional dibawa ke Muzium Negara ketika program Nostalgia Anak Kampung 2026 supaya orang ramai melihat sendiri prosesnya dan generasi muda terdorong menghargai warisan itu.

BERITA LAIN

Hotel antarabangsa perkukuh industri hospitaliti Sarawak

KUCHING: Penambahan hotel bertaraf antarabangsa dijangka meningkatkan keupayaan Kuching menampung pertambahan pelancong serta menganjurkan lebih banyak acara antarabangsa. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang

AirBorneo sasar laluan ke Bangkok, Korea Selatan

KUCHING: AirBorneo Airways Sdn Bhd (AirBorneo) merancang memperluas rangkaian penerbangan antarabangsa ke Bangkok, Thailand serta Seoul dan Pulau Jeju di Korea Selatan, dengan sasaran pelaksanaan

BERITA TERBARU

“SAYA tak gila. Mengapa saya perlu jumpa kaunselor?”

“SAYA tak gila. Mengapa saya perlu jumpa kaunselor?” Persoalan sebegini mungkin kedengaran mudah, namun mencerminkan persepsi yang masih wujud dalam sebahagian masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling.