ARTIKEL

79 kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan diceroboh dan dirosakkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Sebanyak 79 kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi, berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada jam 12.33 tengah hari, semalam.

“Menurut laporan yang diterima, pengadu mengatakan bahawa dirinya telah mengetahui berkaitan pencerobohan tersebut melalui satu hantaran individu di Facebook.

“Hasil daripada siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Meradong mendapati terdapat 79 buah kubur di lokasi kejadian telah dirosakkan dengan cara memecahkan simen serta mengorek lubang sehingga menampakkan keranda kubur.

“Menurut pengadu itu juga, kali terakhir beliau bersama penduduk kampung melawat kawasan Tanah Perkuburan adalah pada 30 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, pihak polis amat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu bagi membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Sebarang maklumat dan aduan boleh diajukan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di talian 084-693222.

Keadaan beberapa buah kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan yang telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU