ARTIKEL

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan ke atas rumah panjang 10 pintu di Kampung Long Jekitan, Ulu Baram yang dalam kebakaran petang Sabtu lalu.

79 penduduk hilang tempat tinggal, rumah panjang 10 pintu di Ulu Baram ranap terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Seramai 79 penduduk hilang tempat tinggal selepas rumah panjang 10 pintu di Kampung Long Jekitan, Ulu Baram musnah 100 peratus dalam kebakaran petang Sabtu lalu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 petang, 19 September lalu berhubung kebakaran rumah panjang itu.

Namun, katanya berikutan lokasi yang jauh di pedalaman, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi hanya dapat bergerak ke lokasi pada keesokan harinya.

“Memandangkan jarak 230 kilometer dan terpaksa melalui jalan balak yang mengambil masa lapan jam perjalanan, pasukan operasi bergerak pada 20 September jam 6 pagi dengan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan.

Katanya pasukan operasi tiba di lokasi pada jam 2 petang semalam dan terus menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api atau bahaya susulan.

“Kebakaran melibatkan 10 pintu rumah panjang musnah sepenuhnya. Temu bual penyiasatan telah dijalankan dan semua 79 penduduk yang terkesan dilaporkan selamat,” katanya.

Tambahnya siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian masih dijalankan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU