ARTIKEL

8 pasukan bertarung dalam Liga Jemputan Akademi Bawah 12 Tahun CASCARA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAPAN pasukan akan berentap memburu juara Liga Jemputan Akademi Bawah 12 Tahun CASCARA 2023 yang bermula 16 Disember ini.

Pengerusi Kejohanan, Azaree Mohamed memberitahu, pasukan terbabit ialah Cascara Junior, Axis Academy, SJN Academy, Al-Mateen Academy, Akademi Samarahan, Akademi SK Tambirat, PFA Odin Academy dan Caa Gee Baa Academy.

Menurut Azaree, liga anjuran Kelab Cascara Junior itu akan berlangsung di Padang Sintetik Arena Cascara, Kuching membabitkan pasukan jemputan peringkat umur tersebut mewakili pelbagai akademi sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

“Saingan akan bermula pada 16 Disember ini dan akan tamat pada 21 Januari 2024,” ujar Azaree kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, liga dengan format satu pusingan adalah julung kali dianjurkan di Sarawak dan turut mendapat kerjasama menerusi tajaan beberapa pihak seperti Cascara, Jurudaya, BNN Environmental, ZZ carwash dan Saif Builders.

“Hadiah menarik menanti tiga pasukan terbaik.

Juara akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat.

“Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM700 dan RM500 termasuk piala dan pingat,” jelas Azaree lagi.

Beliau menambah, penganjuran liga berkenaan bukan sahaja bertujuan memberi peluang kepada pemain peringkat umur tersebut mengetengah bakat mereka.

Pada masa sama, pendekatan tersebut dilihat sebagai langkah terbaik dalam memacu pembangunan sukan bola sepak bermula di peringkat akar umbi.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak terlibat dalam memastikan penganjuran liga ini.

“Kita percaya akan ada pemain yang terlibat dalam liga ini menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya dan boleh mengharumkan nama Sarawak dan negara suatu hari nanti,” jelas Azaree.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU