ARTIKEL

80 artis tatu berkampung di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival Tatu Kuching yang pertama kali dianjurkan di Kuching bakal diadakan pada 30 September hingga 2 Oktober depan. 

Menampilkan lebih 80 artis tatu dari seluruh negara, festival tersebut dianjurkan oleh Skrang Tatoo dengan kerjasama Inkzation Tatoo Studio di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini. 

Menurut penganjur merangkap pemilik Inkzation Tatoo Studio, Nicholas Jenta, festival tersebut akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. 

“Penganjuran ini juga akan dimeriahkan dengan pembukaan gerai jualan usahawan tempatan seperti makanan, kraf tangan dan sebagainya. 

“Sebanyak 40 gerai disediakan kepada pengunjung dan bagi yang berminat untuk membuat tatu, boleh melakukan janji temu secara bersemuka,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam. 

Sementara itu menurut Boi Skolang yang juga pemilik Skrang Tatoo, festival tersebut juga akan melibatkan beberapa artis tatu dari Filipina. 

Katanya, penganjuran festival tersebut bertujuan mengembangkan bakat seni dalam diri artis-artis muda selain mempromosikan tatu Sarawak ke dunia luar. 

“Diharapkan festival ini akan menerima sambutan orang ramai selain dapat menjadi daya tarikan kepada pelancong luar,” katanya. 

Jelasnya, orang ramai akan dikenakan bayaran kemasukan RM10 manakala kemasukan percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU