ARTIKEL

KENANGAN…pelajar Tanjong Lobang College (TLC) kelas 1974/75 merakam gambar bersama-sama pada Perjumpaan Emas 50 Tahun di Kuching baru-baru ini.

80 bekas pelajar Tanjong Lobang College kelas 1974/75 berhimpun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 80 bekas pelajar Tanjong Lobang College (TLC) kelas 1974/75 berhimpun di Kuching baru-baru ini bagi meraikan Perjumpaan Emas 50 Tahun untuk menghidupkan semula kenangan setengah abad lalu.

Pengerusi Penganjur, Kasim Gani berkata, perjumpaan setelah 50 tahun ini mengimbau banyak kenangan lama.

“Lima puluh tahun…sik berasa. Tengok muka semua orang yang hadir, semangat TLC masih hidup walaupun rambut ada yang makin kurang” katanya.

Bertemakan ‘Timeless Friendship’, majlis yang dianjurkan buat kali kedua sejak 2024 itu menyaksikan penyertaan bekas pelajar bukan sahaja dari Kuching malah Sibu, Miri, Bintulu dan Kuala Lumpur.

Tambah Kasim, tujuan perjumpaan itu adalah untuk menyatukan semula bekas pelajar yang telah lama membawa haluan masing-masing selepas meninggalkan kolej.

“Jika tidak menganjurkan majlis seumpama ini mungkin kita tidak mengenali antara satu sama lain sebab sudah lama terpisah.

“Alhamdulillah, mereka dapat dihubungi menerusi WhatsApp yang dikendalikan oleh saya dan rakan-rakan lain” ujarnya.

Tegas beliau, perjumpaan 50 tahun itu bukan sekadar angka tetapi lambang persahabatan yang kekal.

“Kita datang sini bukan nak kira umur tapi ingin merayakan kawan-kawan yang masih bersama kita” jelasnya.

Dalam pada itu, segmen khas turut diadakan bagi mengenang rakan-rakan yang telah meninggal dunia atau mereka tidak dapat hadir.

Majlis kemudiannya dimeriahkan dengan perkongsian cerita lama bekas pelajar serta cabutan bertuah iaitu hadiah utama pakej percutian empat hari tiga malam ke Pulau Pinang untuk dua orang ditaja oleh salah seorang bekas pelajar.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU