ARTIKEL

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. -Bernama

81 peratus usahawanita Pulau Pinang dekati sasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang 2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. 

Beliau berkata seramai 4,052 wanita telah menyertai inisiatif keusahawanan berbanding sasaran negeri sebanyak 5,000 peserta dalam usaha Pulau Pinang untuk mencapai 40 peratus penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan menjelang 2030. 

Katanya negeri turut menyasarkan untuk melatih 2,000 pemimpin wanita setahun sehingga 2030, dengan seramai 3,916 wanita telah mendapat manfaat daripada program kepimpinan setakat ini.

“Inisiatif ini bertujuan memperkukuh barisan pemimpin wanita masa depan,” katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Wanita Sedunia 2026 di Pulau Pinang, semalam. 

Chow berkata, wanita memainkan peranan asas dan menyeluruh dalam pembangunan sosioekonomi Pulau Pinang, dengan sumbangan meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan, teknologi, perkhidmatan awam serta ekonomi tidak formal.

Beliau berkata wanita yang terlibat dalam perniagaan dari rumah, perusahaan keluarga, perniagaan kecil dan penjagaan komuniti menjadi teras yang penting kepada struktur sosioekonomi negeri dengan menampung keperluan isi rumah dan memperkukuh komuniti.

Katanya Pulau Pinang telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga di semua 40 kawasan Dewan Undangan Negeri, mewujudkan rangkaian 600 pemimpin wanita yang bekerjasama secara langsung dengan komuniti setempat. 

Melalui program Wanita Jana Rezeki, wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah turut diberi peluang untuk menjana pendapatan dan memperkukuh kebebasan kewangan mereka. 

Menurut Chow, Pulau Pinang ialah negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan belanjawan mengambil kira keperluan gender dan berasaskan penyertaan untuk memastikan keperluan wanita dan keluarga diambil kira dalam dasar dan perbelanjaan awam. 

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menyokong wanita melalui program, pembiayaan, pembinaan kapasiti dan dasar inklusif, terutamanya dalam Pulau Pinang mengukuhkan kedudukannya dalam semikonduktor, pembuatan termaju, teknologi digital dan inovasi. -Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha