ARTIKEL

82 lagi mangsa korban Covid-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia merekodkan 82 lagi kematian akibat virus COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,171 orang.

Kes positif virus itu juga meningkat kepada 63,749 kes, iaitu pertambahan 1,607 kes baharu dalam tempoh berkenaan.

Dalam sidang media harian menerusi saluran YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,767 pesakit masih dalam pemantauan.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,020 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Kalimantan Selatan (200), Jawa Tengah (200), Sulawesi Selatan (199) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Kes kematian terbaharu itu melibatkan masing-masing 24 kes di Jawa Timur dan Sulawesi Selatan, 15 di Jawa Tengah dan selebih di wilayah-wilayah lain di republik ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan