ARTIKEL

Gambar: Anggota SFC dan NSJA melakukan selaman bagi mengeluarkan jaring hantu di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti dalam usaha melindungi ekosistem marin.

85 kilogram jaring hantu dikeluarkan di perairan Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 85 kilogram jaring hantu berjaya dikeluarkan dari perairan Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti hari ini bagi mengurangkan ancaman terhadap terumbu karang dan hidupan marin.

Operasi pembersihan anjuran Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) dengan kelulusan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu melibatkan 10 penyelam, termasuk dua penyelam bertauliah SFC, bagi memastikan pematuhan peraturan serta keselamatan di Kawasan Perlindungan Sepenuhnya.

Program tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang, yang turut menyempurnakan upacara pelepasan.

Menurut SFC, inisiatif tersebut merupakan kesinambungan usaha pemuliharaan bagi menyingkirkan jaring hantu yang merupakan sisa marin berbahaya kerana boleh memerangkap hidupan laut dan merosakkan struktur terumbu karang.

“Setakat ini, hampir 400 kilogram jaring hantu telah berjaya dikeluarkan menerusi beberapa siri operasi terdahulu di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, SFC menegaskan komitmen berterusan untuk melindungi ekosistem marin Sarawak melalui tadbir urus ketat, pemantauan berterusan serta sokongan terhadap inisiatif pemuliharaan yang bertanggungjawab.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU