KUALA LUMPUR: Seramai 85 pemuzik muda dari tujuh negara ASEAN akan menyertai edisi sulung ASEAN Youth Orchestra Festival Kuala Lumpur (AYOFKL) 2026 dari 21 hingga 28 Jun ini.
Festival anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia itu menghimpunkan peserta berusia 10 hingga 28 tahun dari Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Brunei dan Vietnam.

Menurut Bernama, peserta akan mengikuti latihan intensif, persembahan, bengkel dan program pertukaran budaya bagi meningkatkan daya saing pemuzik muda di peringkat serantau.
Orang ramai turut dijemput menyertai 12 bengkel instrumen muzik secara percuma di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 Jun, tertakluk kepada pendaftaran awal.
Festival itu akan berakhir dengan Konsert Gala AYOFKL 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 27 Jun, menampilkan bakat terbaik pemuzik muda ASEAN.




