ARTIKEL

885 Penduduk Julau Terima Lesen Memandu Digital Melalui Program BLM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Seramai 885 peserta Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Kelas B2 di Parlimen Julau yang berjaya menamatkan latihan dan lulus ujian menerima lesen memandu digital masing-masing menerusi aplikasi MyJPJ dalam satu majlis yang berlangsung di Stadium Tertutup Julau, semalam.

Majlis penyampaian lesen tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili.

Berucap pada majlis itu, Larry berkata, Program Bantuan Lesen Memandu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dilaksanakan menerusi JPJ di seluruh negara bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Program ini memberi peluang kepada individu daripada kumpulan B40 dan berpendapatan rendah untuk memiliki lesen memandu motosikal Kelas B2 secara sah tanpa dibebani kos yang tinggi.

“Pemilikan lesen memandu bukan sahaja membolehkan peserta menunggang motosikal secara sah di sisi undang-undang, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta membantu meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi keluarga,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian program itu.

Beliau menjelaskan, program berkenaan juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan lebih ramai rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, mendapat akses kepada kemudahan yang mampu meningkatkan mobiliti dan kebolehpasaran mereka.

Menurut Larry, kejayaan penganjuran kali ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan pertama Program Bantuan Lesen Memandu di Parlimen Julau pada 2024.

Katanya, pada penganjuran terdahulu seramai 1,176 peserta berjaya memperoleh lesen memandu motosikal Kelas B2 menerusi program yang sama.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU