ARTIKEL

9 Briged, 31 Briged bantu PDRM perkasa PKP di Song dan Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai tiga pegawai dan 63 anggota dari 9 Briged dan 31 Briged diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain dalam memperkasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Song dan Kapit.

Ketua Staf Markas 9 Briged, Leftenan Kolonel Anuar Ahmad yang mewakili Panglima 9 Briged menyempurnakan acara pelepasan tersebut yang diadakan di Dewan RASCOM, Kem RASCOM.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar semua pegawai dan anggota yang terlibat sentiasa menjaga disiplin dan komited serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 sepanjang melaksanakan tugas.

Di samping melaksanakan tugas utama ATM dalam menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan anasir luar, ATM juga sentiasa bersedia membantu pihak berkuasa dan juga agensi awam untuk berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat wabak Covid-19.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU