ARTIKEL

9 korban gempa bumi Pakistan, Afghanistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISLAMABAD: Gempa bumi magnitud 6.5 menggegarkan sebahagian besar Pakistan dan Afghanistan semalam, menyebabkan penduduk panik lari meninggalkan kediaman serta pejabat termasuk di kampung terpencil dan setakat ini meragut sembilan nyawa.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Pakistan, Bilal Faizi, berkata lebih 100 mangsa dibawa ke hospital di lembah Swat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan.

“Ramai dalam kalangan penduduk yang panik ini pengsan kerana terlalu takut atau terkejut bila gempa bumi melanda, namun sebahagian besar dibenarkan keluar hospital selepas dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Faizi dan pegawai lain mengesahkan sembilan orang terbunuh selepas bumbung runtuh di beberapa kawasan di barat laut Pakistan.

Jurucakap pihak berkuasa pengurusan bencana di wilayah barat laut, Taimoor Khan, berkata sekurangkurangnya 19 rumah diperbuat daripada lumpur dan bata ranap di perkampungan terpencil dan pihaknya masih mengumpul data kerosakan.

Gegaran kuat menyebabk orang ramai bertempiaran lari meninggalkan rumah dan pejabat di ibu negara Pakistan, Islamabad, sambil berdoa atau membaca ayat suci Al-Quran manakala media melaporkan beberapa bangunan pangsapuri mengalami keretakan.

Suasana yang sama turut dilaporkan di Kabul dan kawasan lain di Afghanistan.

Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata pusat gempa berukuran 6.5 itu berada kira-kira 40 kilometer (km) ke tenggara Jurm di kawasan pergunungan Afghanistan, wilayah Hindukush yang bersempadan dengan Pakistan dan Tajikistan, pada kedalaman 187.6km. – Agensi

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan