ARTIKEL

Taklimat keselamatan kepada pelajar Polnep sebelum mengadakan lawatan ke Depot ART Rembus.

90 pelajar kejuruteraan Indonesia lawat projek ART Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 90 pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Negeri Pontianak (Polnep) berpeluang melihat sendiri perkembangan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) menerusi lawatan ke beberapa tapak projek.

Lawatan yang disertai empat tenaga pengajar itu meliputi tapak depoh Transit Aliran Autonomi (ART) di Rembus, Kota Samarahan, Stesen ART di North Bank serta kemudahan konkrit pratuang yang dikendalikan kontraktor Sarawak Metro.

Barisan pelawat bergambar secara berkumpulan bersama wakil Sarawak Metro di bengkel mekanikal Depot Rembus.

Dihoskan dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak, lawatan teknikal dan pendidikan itu merupakan sebahagian daripada program pertukaran akademik dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek perancangan, reka bentuk, pembinaan, kaedah pelaksanaan, amalan pengurusan projek serta inovasi kejuruteraan yang diterapkan dalam projek KUTS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata, pihaknya berbesar hati melihat institusi pengajian tinggi dari luar Sarawak menunjukkan minat untuk memahami dengan lebih dekat pelaksanaan projek KUTS.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menerima kunjungan daripada beberapa institusi pengajian tinggi ke tapak projek dan minat yang ditunjukkan terhadap projek KUTS sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kami di Sarawak Metro,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap pengalaman melihat sendiri pelaksanaan projek berkenaan dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus memperluas pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Mengulas kunjungan pelajar politeknik dari Pontianak itu, Mazli berkata, beliau berpuas hati kerana pasukan projek KUTS berpeluang berkongsi pengalaman Sarawak dalam usaha mentransformasikan sektor pengangkutan awam.

“Harapan kami adalah agar bakal jurutera ini mendapat inspirasi daripada apa yang sedang kami lakukan dalam bidang kejuruteraan di Sarawak dan seterusnya membawa perubahan kepada komuniti, pekan dan bandar masing-masing,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU