ARTIKEL

90 tangki air untuk tujuh rumah panjang di Sarikei SARIKEI: Sebanyak 90 tangki air diagihkan kepada tujuh rumah panjang di sekitar kawasan Sarikei hasil inisiatif Ahli Parlimen Sarikei merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii. Sumbangan itu diberikan sebagai langkah menangani masalah tekanan air rendah dan ketiadaan bekalan air terawat yang sering dihadapi penduduk kawasan terbabit terutama ketika musim kemarau. Penyerahan tangki tersebut disempurnakan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Tiong Sii dalam satu majlis ringkas di sini hari ini. Antara rumah panjang yang menerima sumbangan tersebut ialah Rumah Rabeling, Rumah Keli, Rumah Sabah, Rumah Endawi Mula, Rumah Rosyvia Ubak dan Rumah Garai Chugat. Menurut Tiong Sii, agihan tangki simpanan air itu adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam memenuhi permintaan penduduk yang mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kemudahan berkenaan. Beliau berkata, kemudahan tersebut sangat penting untuk penduduk luar bandar yang sering berdepan gangguan bekalan air bersih. “Saya menasihatkan penduduk agar menggunakan tangki ini sebaik mungkin sebagai tempat simpanan air terutama ketika musim kemarau atau apabila berlaku gangguan bekalan air,” katanya. – TVS

90 tangki air untuk tujuh rumah panjang di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak 90 tangki air diagihkan kepada tujuh rumah panjang di sekitar kawasan Sarikei hasil inisiatif Ahli Parlimen Sarikei merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Sumbangan itu diberikan sebagai langkah menangani masalah tekanan air rendah dan ketiadaan bekalan air terawat yang sering dihadapi penduduk kawasan terbabit terutama ketika musim kemarau.

Penyerahan tangki tersebut disempurnakan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Tiong Sii dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

Antara rumah panjang yang menerima sumbangan tersebut ialah Rumah Rabeling, Rumah Keli, Rumah Sabah, Rumah Endawi Mula, Rumah Rosyvia Ubak dan Rumah Garai Chugat.

Menurut Tiong Sii, agihan tangki simpanan air itu adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam memenuhi permintaan penduduk yang mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kemudahan berkenaan.

Beliau berkata, kemudahan tersebut sangat penting untuk penduduk luar bandar yang sering berdepan gangguan bekalan air bersih.

“Saya menasihatkan penduduk agar menggunakan tangki ini sebaik mungkin sebagai tempat simpanan air terutama ketika musim kemarau atau apabila berlaku gangguan bekalan air,” katanya. – TVS

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston