ARTIKEL

Antara peserta yang menyertai Kursus Praperkahwinan di PMU, baru-baru ini.

93 Sertai Kursus Praperkahwinan di PMU anjuran ULPL dan JAIS Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 93 orang awam telah menyertai Kursus Praperkahwinan anjuran Jabatan Perdagangan melalui Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Mukah, baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama dua hari itu diadakan di Dewan Kuliah Utama Politeknik Mukah (PMU).

Menurut Pengarah Program, Ahmad Nabil Mohamad, program ini adalah bagi memenuhi syarat wajib sebelum berkahwin.

“Selain itu, ia juga membantu bakal pengantin memahami tanggungjawab, hak dan peranan sebagai suami dan isteri daripada perspektif agama, undang-undang serta budaya setempat.

Peserta juga dibimbing dalam kemahiran komunikasi, pengurusan konflik serta nilai kasih sayang dan kerjasama bagi membina keluarga yang harmoni dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kursus ini bukan sahaja disertai oleh penduduk sekitar Mukah, malah dari Bintulu, Sibu, Matu dan Betong.

Sementara itu, wakil daripada JAIS Cawangan Mukah, Noorfariza Ahli memberitahu bahawa kerjasama antara pihaknya dengan PMU perlu diteruskan pada masa akan datang selepas melihat kejayaan program ini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kedua-dua pihak terus mengekalkan kerjasama yang sedia ada.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi