ARTIKEL

TAHNIAH… Ahmad (tengah) dan Jamri merakam kenangan bersama penerima sijil pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Bomba Sarawak 2026.

96 warga JBPM Sarawak terima APC 2025, iktiraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 96 warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025 dalam satu majlis yang berlangsung penuh bermakna sebagai tanda penghargaan terhadap prestasi, komitmen dan integriti mereka sepanjang tahun lalu.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata majlis tersebut bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi simbol penghargaan jabatan terhadap usaha gigih warga bomba dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara.

TAHNIAH… Ahmad (tengah) dan Jamri merakam kenangan bersama penerima sijil pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Bomba Sarawak 2026.

“Majlis ini bukan sekadar satu acara tahunan, tetapi merupakan satu pengiktirafan kepada komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh warga jabatan dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Bomba Sarawak 2026 yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ts Ahmad Izram Osman, hari ini.

Menurut beliau, kecemerlangan dalam perkhidmatan bomba bukan hanya diukur melalui pencapaian kerja semata-mata, tetapi turut merangkumi keberanian menghadapi risiko, kecekapan membuat keputusan dalam situasi kritikal serta kesediaan berkhidmat tanpa mengira masa dan keadaan.

TAHNIAH… Ahmad (tengah) dan Jamri merakam kenangan bersama penerima sijil pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Bomba Sarawak 2026.

“Seorang anggota bomba bukan hanya menjalankan tugas, tetapi memikul satu amanah besar untuk melindungi nyawa dan harta benda masyarakat,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pengiktirafan APC perlu dijadikan pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan.

Sehubungan itu, Jamri berharap pencapaian ini akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus meningkatkan prestasi kerja, memupuk nilai integriti serta mengekalkan semangat perkhidmatan yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa cabaran tugas bomba kini semakin kompleks berikutan perubahan landskap semasa seperti perubahan iklim, pembangunan bandar yang pesat serta kemajuan teknologi, justeru memerlukan anggota yang sentiasa bersedia dan berdaya saing.

“Kekuatan sebenar terletak pada semangat kebersamaan seperti semangat ‘brotherhood’ dan ‘esprit de corps’ yang menjadi identiti warga bomba,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata majlis tersebut turut meraikan seramai 96 penerima APC yang masing-masing mempunyai kisah perjuangan tersendiri hasil usaha konsisten, disiplin tinggi serta semangat kerja berpasukan yang kukuh.

Daripada jumlah itu, enam orang merupakan kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Bomba), manakala 90 lagi terdiri daripada kumpulan pelaksana melibatkan 88 Pegawai Bomba serta dua pegawai guna sama.

Selain menerima sijil penghargaan, kesemua penerima turut menerima imbuhan kewangan sebanyak RM1,000 yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT).

Penganugerahan APC ini merupakan pengiktirafan tertinggi jabatan kepada anggota yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi serta integriti dalam melaksanakan tugas, sekali gus memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam. — Atiqah Azman ( Pelatih UNIMAS )

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan