ARTIKEL

960 projek giat dibangunkan di seluruh Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 960 projek dalam pelbagai peringkat dengan nilai keseluruhan RM45.967 bilion dilaksanakan untuk pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak bersama Kerajaan Persekutuan komited melaksanakan pelbagai pembangunan infrastruktur di negeri ini.

“Antara projek itu ialah Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Persisir Pantai, Jalan Utama Kedua dan Jalan Penghubung Sarawak-Sabah, Lebuhraya Trans Borneo, Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA), Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan lain-lain.

“Malah, terdapat beberapa projek telah disiapkan, manakala sebahagian lagi masih dalam pembinaan dan di peringkat pra-kontrak,” katanya pada sidang keempat Majlis Konvokesyen Ke-21 Unimas, di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) menambah, peningkatan pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan pelaburan yang dilakukan akan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat.

Ia juga secara tidak langsung membuka peluang perniagaan dan pekerjaan, mengukuhkan ekonomi dan menyediakan banyak peluang kepada generasi masa depan.

Pada majlis itu, seramai 1,192 siswazah telah menerima ijazah masing-masing untuk sesi sidang keempat yang diadakan sebelah pagi dan sidang kelima yang diadakan sebelah petang.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU