ARTIKEL

Sweat Factory tawar bimbing latihan kecergasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sweat Factory, menjadi penyewa utama kedua terbesar di La Promenade Mall. Gim berkeluasan 5,000 kaki persegi terletak di ruangan sudut pusat beli-belah ini bertindak sebagai pusat kecergasan.

Hock Seng Lee (HSL) dalam satu kenyataan berkata, gim ini menjadi pengajar, menawarkan kelas kumpulan, latihan peribadi yang bertujuan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Terletak di ruangan sudut dengan diubah suai khas di tingkat empat, gim ini menawarkan pemandangan matahari terbit dan terbenam.

Sweat Factory menyertai pasar raya Choice menjadi salah satu daripada penyewa utama di pusat beli-belah yang terletak di Kuching-Samarahan Expressway.

“Sejak kebelakangan ini, kualiti gim dan persepsi tentang gim telah melalui revolusi.

Gim dahulu merupakan tempat untuk membina badan dan peminat tegar, kini pusat kecergasan hari ini telah menjadi tempat sosial untuk kesihatan, ” kata pemilik Sweat Factory Richard Yu.

Menurutnya, orang tidak lagi ke gim hanya untuk menggunakan mesin, kini mereka mahukan pelbagai pengalaman dan kelas.

“Orang mahukan bimbingan. Kecergasan berkembang dan latihan berulang,” kata jurutera yang menjadi peminat kecergasan ini.

Sweat Factory bertujuan senaman dapat diakses oleh ramai orang dan pelbagai peringkat usia.

“Kecergasan fungsional boleh menjadi semudah melatih otot melakukan tugas harian dan postur tubuh yang baik, atau latihan yang berintensiti tinggi.

Pusat kecergasan berfungsi mempunyai pelbagai stesen latihan untuk kombinasi latihan yang berlainan,” kata Richard.

Sementara itu, Pengurus Besar Pembangunan Hartanah HSL Tay Chiok Kee berkata, penyertaan Sweat Factory selaras dengan matlamat berorientasikan perkhidmatan La Promenade Mall.

Pusat beli-belah ini katanya, bertujuan menjadi hab komuniti dan bukan hanya ruang runcit.

“E-dagang adalah norma baharu. Justeru, kita tidak dapat dinafikan e-dagang menawarkan kepada kita semua rangkaian produk“

Pusat beli-belah baharu seperti La Promenade mesti berusaha menjadi tumpuan masyarakat untuk kejayaan jangka panjang.

“Kita perlu menawarkan perkhidmatan yang tidak dapat dilakukan oleh orang dalam talian.

Gim, makanan dan minuman, dan perbankan ialah perkhidmatan yang dapat anda dapat di La Promenade Mall,” jelas Chiok Kee.

Beliau menambah, sebagai sebahagian daripada tumpuan masyarakat, HSL juga membantu banyak badan amal.

“Kami menawarkan ruang NGO yang terpilih untuk bengkel, pejabat dan kedai,” ujarnya.

Pusat Pemulihan Berasaskan Komuniti menjadi penyewa di pusat beli-belah ini.

HSL juga memberi subsidi penyewaan untuk kedai baru Hope Place di Eden Center di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati hsl.com.my dan lapromenademall.com.my.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU