ARTIKEL

Indeks jenayah Miri menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis Miri mencatatkan penurunan kadar indeks jenayah sebanyak 13 peratus dengan kadar penyelesaian kes sebanyak 50.37 peratus untuk tahun ini apabila 802 kes direkod berbanding 918 kes pada 2018.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, penurunan dan penyelesaian indeks jenayah ini adalah disebabkan kerjasama berpasukan yang baik terdiri daripada semua pihak termasuk polis dan masyarakat.

Menurutnya, bagi kes jenayah komersial, berlaku kenaikan sebanyak 156 kes iaitu bersamaan 39 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 30 November lalu. Manakala, tambahnya, kes yang berjaya diselesaikan adalah sebanyak 72 kes iaitu bersamaan 19 peratus.

Selain itu beliau memberitahu, bagi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), dalam tempoh 1 Januari hingga 30 November lalu, sebanyak 769 kertas siasatan dibuka dan kertas siasatan yang berjaya dituduh sebanyak 737 termasuk kes pada 2018 sementara peratus pertuduhan adalah 95.84 peratus.

Sementara itu, Meng Seah turut menasihat penduduk setempat yang balik kampung mengambil langkah berhati-hati sempena cuti panjang sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu minggu depan.

“Nasihat polis Miri untuk penduduk yang balik kampung semasa musim perayaan krismas dan tahun baharu adalah mereka diminta untuk mengunci pintu rumah sebaik-baik mungkin.

“Selain itu, tidak lupa juga untuk meninggalkan pesan pada jiran supaya menolong memantau keadaan rumah dari masa ke semasa dan juga maklumkan kepada balai polis berdekatan kalau boleh,” katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan IPD Miri di Padang Kawad di sini, semalam.

Pada majlis perhimpunan sebelum itu, 25 anggota terdiri daripada pegawai kanan polis termasuk anggota pangkat rendah yang menjuarai pertandingan bola sepak piala Pesuruhjaya Polis 2019 diberikan sijil penghargaan atas pen-
capaian mereka.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU