ARTIKEL

A Tribute to Alfonso Soliano September ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal menghidupkan semula karya Alfonso Soliano menerusi konsert A Tribute to Alfonso Soliano pada 2 Sept di Dewan Filharmonik Petronas bagi meraikan legasi tokoh muzik itu dan memperkenalkan karya beliau kepada generasi baharu.

Konduktor Ahmad Muriz Che Rose menyifatkan Alfonso sebagai tokoh perintis yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan muzik simfoni Malaysia. Konsert itu menampilkan karya seperti Dawn to Darkness, Tunas Kasih serta beberapa karya daripada album Tiga Trombone.

Menurut Muriz, sebahagian karya dikekalkan dalam bentuk asal, manakala beberapa karya lain disusun semula untuk persembahan orkestra dengan sentuhan jaz dan elemen simfoni, termasuk karya yang dipersembahkan secara vokal dan instrumental.

Anak perempuan Alfonso, Isabella, berkata konsert itu menjadi wadah untuk memperkenalkan karya bapanya kepada khalayak lebih luas. The Solianos turut menyertai persembahan menerusi barisan Isabella Soliano, Don Alfonso Soliano, Condrado Soliano, Tristano Soliano, Eddie Kismulardy dan Arthur Kam seperti dipetik Bernama.

Konsert akan menampilkan karya seperti Ku Kan Kembali, Airmata Berderai, Rindulah Rindu, Ku Puja Alam, Kasih Sayang, Blues for Bangkok, East to West dan Pacita Blues. Tiket berharga RM249 hingga RM399, manakala tempat duduk Suite ditawarkan pada RM449 dan RM499 termasuk hidangan ringan.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan