ARTIKEL

Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Aaron-Wooi Yik sah beraksi di BAC April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi mengesahkan bahawa gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung di Ningbo, China pada  8 hingga 13 April.  

Beliau berkata Aaron hanya mengalami kecederaan ringan serta tidak memerlukan masa rehat yang panjang dan pasangan itu kini sedang membuat persediaan ke kejohanan itu.  

“Aaron belum 100 peratus sembuh, tapi dipantau rapi dan keadaan dia sudah okay berbanding ketika di Masters Orleans dan Seluruh England, tak perlu pembedahan, hanya rawatan biasa. 

“BAC boleh main, sepatutnya boleh perbaiki kelemahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini. 

Aaron mengalami kecederaan bahu, menyebabkan gandingan itu tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England selepas tewas 16-21, 21-16, 18-21 kepada beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Baru-baru ini, media melaporkan pasangan nombor enam dunia itu mungkin tidak beraksi pada BAC. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali