ARTIKEL

Abang Johari ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.

Abang Jo Mahu Bina Generasi Super Pintar Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Akses pendidikan berkualiti dan pembinaan bakat muda menjadi tunjang usaha Sarawak melahirkan generasi peneraju masa depan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, generasi muda merupakan pembentuk dan penyambung kemajuan negeri.

“Ia terus diberi perhatian dalam agenda pembangunan di bawah naungan Kerajaan GPS bagi memastikan mereka memiliki asas kukuh untuk bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya pada ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelaksanaan Skim Pengajian Tinggi Percuma (FTES) di institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak menjadi langkah utama membuka peluang pendidikan ke menara gading berdasarkan kecemerlangan dan potensi anak-anak tempatan tanpa mengira latar belakang.

“Inisiatif itu dijangka memberi ruang lebih luas kepada golongan muda untuk meningkatkan kemahiran memperkaya pengetahuan, dan mempersiapkan diri bagi memainkan peranan lebih proaktif dalam pembangunan negeri yang semakin maju dan berdaya saing,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata pewujudan Syarikat Milik Kerajaan Sarawak (SOE) turut membuka pelbagai ruang baharu kepada barisan profesional muda.

“Ini menyumbang kepakaran mereka dalam sektor strategik negeri seiring aspirasi melahirkan generasi masa depan yang progresif dan inovatif,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU