ARTIKEL

Gerawat bercakap kepada media selepas selesai kunjungan hormat FORUM kepada Premier. (JAPEN)

Abang Johari Bakal Rasmikan Pusat Kebudayaan Orang Ulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Kebudayaan Orang Ulu di Miri yang dibangunkan dengan peruntukan RM37 juta daripada kerajaan Sarawak bakal dibuka secara rasmi oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada 7 November ini.

Penasihat Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM), Datuk Gerawat Gala berkata, kerajaan Sarawak meluluskan pemberian tanah seluas lima ekar bagi pembangunan pusat itu sebelum meluluskan peruntukan awal RM25 juta pada 2018.

“Premier memberikan sebidang tanah seluas lima ekar dan peruntukan yang mencukupi untuk kami membangunkan pusat kebudayaan ini,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Premier di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini yang bertujuan menjemput beliau merasmikan pusat kebudayaan berkenaan.

Ujarnya, selain peruntukan awal RM25 juta, kerajaan Sarawak meluluskan geran tambahan RM7 juta pada 2023 bagi meneruskan projek berkenaan, diikuti RM5 juta pada Disember 2024 untuk pembangunan galeri kebudayaan dan penambahan tempat letak kereta.

“Galeri Kebudayaan Orang Ulu siap pada 31 Julai 2025, manakala kemudahan parkir tambahan yang menjadikan jumlah keseluruhan 416 petak siap pada 31 Oktober 2025.

“Pembinaan kompleks itu turut merangkumi dewan serbaguna, pejabat, pusat sumber, galeri kebudayaan dan kemudahan parkir,” katanya.

Beliau menambah, pusat berkenaan dibangunkan sebagai kemudahan untuk menyokong kegiatan masyarakat Orang Ulu, yang diwakili 10 persatuan etnik di bawah FORUM.

Dalam kunjungan sama, wakil masyarakat Kedaya Telang Usan dari Ulu Baram turut menyampaikan keperluan pembangunan kawasan mereka, termasuk pembinaan jalan raya dan permohonan kemudahan lapangan terbang pendek berlepas dan mendarat (STOLport).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU