KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, enggan mengulas perkara yang dibincangkan ketika mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
Abang Johari berkata, pertemuan berkenaan berlangsung hampir sejam dan melibatkan perbincangan secara langsung antara beliau dengan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, termasuk tujuan khusus perjumpaan berkenaan.
“Pertemuan itu agak panjang, hampir satu jam.”
“Namun, saya tidak boleh menyatakan perkara yang dibincangkan antara saya dengan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sarawakku Sayang 2026 di Kompleks Sukan Sarikei, hari ini.

